#Chapter83




Related image

duduk diam fikir-fikir balik macam tak sangka kita boleh sama-sama sampai sekarang. kita bukan satu geng masa kat sekolah tapi sebenarnya kita rapat. kau sakit aku jaga aku sakit kau jaga. aku tak boleh bangun masa sakit belakang kau yang angkat walaupun kau kecil dari aku. terima kasih beb ! 2012 aku masuk sekolah dulu lepastuh seminggu ke beberapa hari aku masuk kau masuk. seronok gila bila tahu kau dapat masuk. kau perasan aku tak perasan sangat, rupanya kita pernah pergi camp sama-sama. kita jarang gerak sama-sama semua sebab kau ada clan lain dekat kelas.haha aku pun. melainkan aktivit blok kau gerak dengan aku. lepastuh form 3 kita satu kelas. getting more closer sebab aku try nak rapat dengan clan kau tu semua tapi tak jadi jugak. mungkin bukan jiwa aku nak jadi lemah lembut itu semua, tapi bila kau pergi comp semua adalah jugak rasa macam , eh member aku tak ada. walaupun tak semua benda aku cerita kat kau tapi kita boleh rapat. masa aku buat hal kau mesti macam positif kan keadaan tak nak aku down semua, thanks weyh. naik fomr4 hal aku macam-macam kau jugak yang positifkan. thanks beb. jadi mak angkat jap. aku rasa kau simpan lagi kot yang aku kasi masa birthday kau. soemtimes kau try cerita pasal sahabat lelaki itu semua tapi aku cuma mendengar sahaja. tak kenal kan, nak buat macam mana. saya tak hot, haha. masa form 4 kau jugak yang tahu dulu aku jahit banner itu bagai sebab aku fikir boleh buat mamat tu member, tapi tak menjadi. LEPAK ! mungkin lelaki itu fikir aku nak lebih dari itu kot. aku nak ubah diri sebab orang lain buat apa macam hipokrit je. itu yang potong rambut tuh. masa itu lah kau detect kenapa aku potong rambut. reaction kau sampai hari ini aku ingat. kecewa lah jugak kenapa aku potong rambut. masa tu try jugak cover semua netball lah apa lah tapi kau tak boleh terima. aku macam terdiam jugak and terasa aku hilang kawan sekejap masa itu. bila dah panjang and look like a pretty girl kau terus warning " jangan nak potong rambut lagi eh," aku terus senyap dan akur. bila form 5 bed kita depan-depan. haha kau masih di depan mata aku. bila aku kata nak potong rambut je kau mesti repeat balik ayat tu semua. aku fikir kau dah lupa rupanya ingat lagi. haha. thanks weyh sampai sekarang aku tak potong. hahaha berkesan lah jugak, sebab bila rambut pendek ni jiwa jadi lain. fikir nak jadi lebih bagus dari lelaki susah jugak. menjadi diri sendiri tetapi ada kau salah seorang yang membantu aku untuk jadi lebih baik. lepak tengok drama-drama sama semua. stay blok duduk gelap-gelap sebab tak nak turun mufaz. makan dalam gelap. nice ! haha aku share foods yang aku dapat. banyak sangat, kau pulak suka. apa lagi telan haha. aku pernah jugak rsa kau jahat sebab soal lelaki. tapi aku tak rasa semua kata-kata orang itu betul. aku cuba mencari tetapi tak jumpa. kau baik sahaja sebenarnya. mungkin kau bijak memenangi hati lelaki itu yang orang semakin benci dengan kau. kau pun perasan kot benda itu. aku pula rapat dengan salah orang. aku rasa kau pun perasan yang aku selalu tak jawab call perempuan itu. haha. sebab ada benda jugak yang dia buat, aku bengang. now kau stay lagi dengan aku, yeay ! kau yang tegur dulu and tanya aku dapat mana. aku terus excited and lega sikit, ingatkan aku seorang sahaja yang tercamapk kat situ. TAK sebab ada kau !!! dah stay sebulan tiba-tiba kau cakap kau dapat cikgu bagai. siapa je tak koyak. aku terus nangis kot. dah lah masa itu belum ada ramai member tiba-tiba kau nak pergi memang tak lah jawabnya ! end up prank je sebenarnya! fuhh lega, mata dah bengkak dah masa tu. aku harap kita stay member sampai bila-bila. kalau ada benda unexpected jadi bincang dulu tau jangan cepat-cepat marah. actually ada je benda kecil yang dah jadi hampir kita gaduh tapi tak. aku akan restless bila kau tak ada. harap sampai bila-bila kita stay tau ! rindu kau doh. hahah almost everyday aku tengok video gila kita kat bilik ! 

Comments

Popular Posts