#Chapter92

Image result for broken heart  tumblr
aku nampak seseorang di skrin kau ! sakit dia hanya tuhan sahaja yang tahu. 

Aku duduk di tepi tasik sambil menghirup udara yang segar. Hidupan hijau dan pemandangan yang indah menemani aku pada petang itu. Sejak kebelakangan ini fikiran aku serabut dan ada sahaja yang tak kena pada diri aku, kenapa ? itu tak tahu. Sehingga aku fikir dunia dan orang keliling terlalu kejam kerana membuat keputusan tanpa pengetahuan aku tetapi kenapa aku perlu rasa begitu, sedangkan aku tidak berhak untuk menghalang apa sahaja, keputusan mereka adalah kehendak mereka sendiri kenapa aku perlu tahu ? walaupun aku tahu tuhan yang menetapkan qada’ dan qadar tetapi aku masih lagi mempersoalkan kenapa mesti aku yang kena. Banyak ilmu yang aku dengar dan cari untuk hilangkan rasa ini semua tetapi tiada satu pun boleh membantu. Dulu aku pernah telan benda ni semua dengan mengubah sesuatu benda tetapi masih perlu ke aku nak buat benda yang tidak mendatangkan faedah itu. Sakit lagi bila kawan-kawan dahulu kan orang lain dari kau dan bila gaduh ada masalah baru datang. Mungkin aku macam itu juga sebab itu aku dapat benda yang sama. Hidup di dunia ini memang tidak sepanjang masa di atas ada kala di bawah. Jujur aku kata aku tak kisah buat lah apa korang nak buat tetapi aku ada hati perasaan mestilah akan rasa sakit tetapi aku tak mampu untuk nak cakap semua benda, jumpa bukan selalu tak akan jumpa sekali sekala aku nak marah semua benda.

“Man kau buat apa kat sini? Merata aku cari kau,”
“kau cari aku, ada apa ?,”
“ada apa ? kau tanya, gila eh, man kau tak akan datang sini kalau tak ada masalah,”
“mana ada aku okay lah,”
“ sampai bila man nak tipu, sampai mati ?,”
“aku memang tidak suka nak cerita semua benda lah Sya, bukan boleh apa-apa, aku tetap tak boleh dapat apa aku nak,”
“kau nak apa man, semua benda kau dah ada,”
“di mata kau mungkin ya tetapi bagi aku belum Sya,”
“cakap dengan aku apa yang kau nak mungkin aku boleh tolong,”
“kau ingatkan aku pernah nangis pasal benda ni, aku boleh jadi keras dan anggap tiada apa-apa, tetapi hati aku tak kuat Sya,”
“mmm aku tahu Man apa yang kau nak cakap,”
“aku ni tak macam perempuan perlu ke aku sampai jadi orang lain baru orang boleh terima aku semua, penat lah Sya aku tak suka fake sebab nak dapatkan dia,”
“aku bukan lelaki Man nak cerita apa yang mereka pandang kat kau,”
“sebab tu lah aku tak nak cerita kat kau sebab tak ada jawapan, aku boleh dengar seribu masalah orang dan aku boleh tolong tetapi aku nak cerita apa masalah aku adalah benda paling susah, aku rasa seribu penyesalan bila aku cerita semua benda sebab aku rasa mereka akan judge aku, walaupun orang tak buat,”
“itu yang salah Man, kau tak tahu apa yang orang cakap orang fikir lepas itu jump into conclusion, jangan macam itu,”
“tetapi selalu macam itu, sampai satu masa aku malas dah fikir semua benda,”
“lepas itu kau rasa hopeless dan terusan sakit hati,”
“telan je lah aku mampu nak cakap dengan orang yang aku suka memang tak lah, aku boleh tafsir melalui perbuatan tetapi untuk meluahkan kata-kata tidak, aku malu Sya macam perigi cari timba, macam tak sopan semua lah, aku selalu fikir aku tak sama dengan perempuan yang ada keliling aku”
“hmm tak tahu Man, aku kalau suka orang pun aku tak cakap,”
“tetapi kau dapat Sya, macam aku pernah cakap dulu I could give speech in front of million people but I couldn’t confess my feelings towards him”

Suasana itu menjadi sepi seketika, sebab itu aku tidak suka untuk berkata-kata mesti akan satu perkataan dan perbuatan bakal membuat orang yang bercakap dengan aku terdiam dan terpaku, bukan suka ya tapi “triggered”. mulut pedas macam ni mungkin orang tak suka.

“ and you wanna say actions speak louder than words,”
“yes, I thought he know me well, masih tidak Sya,”
“selama ni kau tolong dia sebab suka ke?”
“tidak lah macam itu, aku memang nak tolong semua orang yang susah selagi tak membebankan diri aku, kita pun didik jadi macam tu kan sejak kecil lagi,”
“habistu hati kau merajuk ni dia tahu ke ?,”
“kau bukan tak kenal dia tu macam mana, kalau orang merajuk dengan dia tengok dia macam tak ada apa-apa sahaja, orang yang dia suka pernah merajuk dia tak pujuk ini kan aku, tetapi tak tahu lah aku tak pernah dengar pula dia kata apa-apa,”
“and i did say something maybe hurt him, yaa who knows,”
“kau cakap apa ?”
“ ada lah, aku tak nak cerita dan cukup aku telan benda itu,”
“kau nak kata menyesal lah apa kau cakap,”
“sikitlah,”
“hah tak nak mengaku lagi, banyak lah tu, ish”
“hah betul lah tuh, aku sampai satu tahap fikir nak peluk je dia untuk beritahu yang aku suka dia ! tetapi kita ada ilmu kan?,"
"betul lah tuh, jangan Man, tetapi tak tahu lah, jap apa yang kau mental sampai macam ni sebab?,"
"hmmm ada lah benda aku nampak, tetapi aku tak boleh nak cakap, lelaki tak akan buat benda itu kalau dia tak betul-betul suka kan,"

Sakit dada aku sorang je rasa, fikiran terus tak boleh rasional, lapar pun boleh jadi kenyang, dan benda yang paling aku nak bangun je tidur lupa semua benda. benda itu sahaja for sure benda yang aku study nak lagi dalam kepala ni. 

Comments

Popular Posts