#Chapter90

Image result for weekend tumblr

Bila banyak mendengar banyak berfikir, bila sayik teringat banyak benda juga kita fikir, konklusinya tak perlu ingat anggap sahaja tiada apa-apa. Bila orang baik kita akan suka, kita juga buat baik pada orang yang kita suka, ke kita buat baik dengan semua orang sebab kita memang baik. Yeah, benda yang tiada jawapan, jadi kita mestilah buat sesuatu yang jawapan baik-baik sebab kita hidup kan nak semua benda yang baik. Hahahaha banyak sangat perkataan baik kali ini. Duduk dalam rumah memang akan fikir banyak benda eh? Benda tak masuk akal pun kita akan fikir eh ke tidak? Aku sendiri tak tahu kenapa, sedangkan aku tengok youtube setiap hari, berbual dengan mak ayah setiap hari buat macam-macam benda tapi aku fikir juga. Sampai satu tahap aku teringin nak mesin putar masa nak tengok masa hadapan, macam alam fantasi dah. LOL kenapa macam tu ?  ada sesiapa ada jawapan. Hahah semalam lagi satu benda pelik , tak ada pelik mana serius juga lah. Aku bangun tidur dalam pukul 11 gitu, turun sahaja basuh muka, tolong-tolong mak, tiba-tiba mak cakap, “adik nanti belajar masak,” aku pandang sahaja muka mak. Sunyi seketika. Haha memang sinonim eh perempuan dengan masak. Lepas itu aku jawab “kenapa mak ? kenapa tiba-tiba?” “ayah suruh,” aku gelak. Mak sambung,  “ingat orang main-main ke,” “tak lah , orang tak cakap apa-apa pun,” “habistu awak gelak kenapa, hah masak nasi tuh, jangan suka-suka sangat,” aku pun amik periuk nasi, senduk beras dan kosek beras lepastu aku tanak. Hahahaha balik solat jumaat mak cerita reaksi aku tadi pada ayah, “hah betul lah tuh, duduk tengok orang masak jangan tahu makan je,” gulp! LOL hahaha aku pun angguk-angguk sahaja. Ada baik dan buruk anak perempuan masuk sekolah asrama ni, pokoknya pada diri sendir. LOL hahahaha bye. 

Comments

Popular Posts